التكاثرAt-Takathur
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
حَتَّىٰ زُرْتُمُ ٱلْمَقَابِرَ
Sehingga kamu masuk kubur.
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ ٱلْيَقِينِ
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Soalan lazim
Apakah maksud Surah At-Takathur?
Surah At-Takathur bermaksud "The Rivalry in world increase". Ia merupakan surah ke-102 dalam al-Quran.
Berapa ayat dalam Surah At-Takathur?
Surah At-Takathur mengandungi 8 ayat.
Adakah Surah At-Takathur Makkiyah atau Madaniyah?
Surah At-Takathur ialah surah Makkiyah (diturunkan di Makkah).
Di mana saya boleh membaca Surah At-Takathur?
Anda boleh membaca Surah At-Takathur dengan teks Arab, terjemahan Bahasa Malaysia dan transliterasi dalam pembaca Quran TawbahPro.