Langkau ke kandungan

Surah 104 · Makkiyah · 9 ayat

Surah Al-Humazah

The Traducer

الهمزة

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. 104:1

    وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ

    Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

  2. 104:2

    ٱلَّذِي جَمَعَ مَالٗا وَعَدَّدَهُۥ

    Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

  3. 104:3

    يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخۡلَدَهُۥ

    Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

  4. 104:4

    كـَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِي ٱلۡحُطَمَةِ

    Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

  5. 104:5

    وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

  6. 104:6

    نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ

    (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

  7. 104:7

    ٱلَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ

    Yang naik menjulang ke hati;

  8. 104:8

    إِنَّهَا عَلَيۡهِم مُّؤۡصَدَةٞ

    Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

  9. 104:9

    فِي عَمَدٖ مُّمَدَّدَةِۭ

    (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Teks Arab: Kompleks Raja Fahd (Hafs). Terjemahan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Abdullah Muhammad Basmeih) atau pilihan anda.

Teruskan membaca